Monday, 5 October 2015

Menukar Bateri Kereta

SOP 01 : Menukar Bateri Kereta

Skop Kerja


            Bertujuan bagi memberikan gambaran dan arahan kepada pengguna, cara kerja untuk menukar bateri kereta. Oleh itu, pengguna perlulah memahami dan mengikut prosedur yang dinyatakan.

Perkara
Catatan

·         Peralatan yang diperlukan

o   Common ring saiz 10/ Spannar boleh laras




o   Sarung tangan
o   Fender cover
 




Sebelum

1.      Tanggal sebarang perhiasan diri seperti jam tangan dan cincin.


2.      Pakai sarung tangan bersesuaian.


3.      Pasang fender cover bagi mengelakkan kereta tercalar.


4.      Pastikan terminal positif dan terminal negatif pada bateri.



Semasa

5.      Tanggalkan terminal negatif dahulu, kemudian terminal positif dengan memusing spannar kearah lawan jam.



6.      Tanggalkan bracket/pemegang bateri jika ada, dan keluarkan bateri lama.


7.      Pastikan terminal bateri baru pada kedudukan yang betul sebelum dimasukkan kedalam tapak bateri.


8.      Pasang kembali bracket/pemegang bateri jika ada


9.      Pasang kembali terminal bateri seperti sebelumnya, didahului positif kemudian negative, dengan memusing spannar mengikut pusingan jam.


Selepas

10.  Bersih dan simpan alatan yang digunakan. Amalkan 5’S.

11.  Hidupkan kereta anda, jika tidak berjaya sila dapatkan bantuan pakar.















                               


























































Terminal bahagian positif selalunya berwarna merah atau bersimbol (+)















Berwaspada, jangan biarkan peralatan tersentuh antara kedua-dua terminal, percikan api boleh terjadi dan menyebabkan kebakaran.













Berwaspada, jangan tersalah masuk terminal bateri kerana boleh terjadi litar pintas pada sistem kereta.



Ikatan bolt tidak perlu terlalu ketat, kerana boleh menyebabkan kerosakan pada terminal bateri.